RUSIA yakin vaksin Sputnik V buatan mereka adalah 92 peratus berkesan dalam mengelak jangkitan COVID-19, berdasarkan hasil kajian ujian klinikal fasa ketiga yang dijalankan.

“Risiko dijangkiti COVID-19 adalah 92 peratus lebih rendah bagi mereka yang disuntik Sputnik V berbanding mereka yang diberikan vaksin plasebo menurut data ujian klinikal fasa ketiga,” kata Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF).

“Kami telah menghasilkan vaksin yang begitu berkesan, ini adalah berdasarkan data,” kata Ketua RDIF Kirill Dmitriev yang kini dalam usaha memasarkan produk tersebut kepada dunia.

Kajian dilakukan ke atas 16,000 peserta di mana sebahagian mereka diberikan dua dos suntikan Sputnik V manakala sebahagian lagi diberikan suntikan plasebo.

Pengmuman data itu turut dilakukan sehari selepas Pfizer dan BioNTech mengumumkan penghasilan vaksin yang menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak virus korona.

Bagaimanapun, vaksin Sputnik V dikatakan mendahului Pfizer selepas vaksin itu berjaya didaftarkan untuk kegunaan seawal Ogos 2021, menjadikan Rusia negara yang pertama mendftarkan vaksin.