KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara akan dilaksanakan.

Beliau berkata, mereka yang baharu pulang dari luar negara, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela.

Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan khas yang siarkan secara langsung di siaran televisyen dan media sosial, malam ini.