KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara akan dilaksanakan.

Selain itu, Muhyiddin juga berkata, semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institui pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti akan ditutup.

Penutupan turut dilaksanakan di semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam serta swasta.