KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Ebby Yus, 56, mengakui pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi impak besar sehingga dia kehilangan mata pencarian.

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid mendedahkan cuma mempunyai RM40 dalam akaun banknya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana lantaran kos rawatan sakit buah pinggang, gastrik, jantung yang dihidapinya tinggi.

Namun dia bersyukur apabila menerima wang sumbangan sebanyak RM30,491,93 daripada seorang peminat wanita dari Singapura.

“Pada awalnya saya agak musykil menerima panggilan telefon, namun selepas mendapatkan butiran terperinci individu terbabit, itu bukan satu panggilan palsu.

“Saya cuma berhati-hati kerana bimbang jika individu tersebut adalah seorang scammer. Tetapi apabila dia menjelaskan siapa dirinya dan beria-ia mahu memberi sumbangan, saya beranikan juga diri memberikan nombor akaun peribadi,” katanya.

Ebby berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Beras Asyraffi di Mercu Summersuites Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini semalam.

Dalam pada itu, Ebby turut meluahkan rasa syukur apabila tahap kesihatannya kini semakin baik.

Dia yang sebelum ini pernah terlantar selama setahun kerana menderita pelbagai jenis penyakit kronik melahirkan rasa syukur apabila kini sudah boleh kembali aktif dalam bidang seni.

“Walau tidak sepenuhnya pulih, tetapi banyak perubahan positif yang dapat dirasakan pada kesihatan tubuh badan saya. Jika memerlukan saya bekerja di dalam studio, saya okey dan akan ambil.

“Jika tawaran itu melibatkan penggambaran di luar daerah atau di luar studio, saya akan pertimbangkan dahulu terutama kalau ia mengambil masa yang lama,” katanya.

Dalam pada itu, Ebby turut berbesar hati menerima pelbagai tawaran lakonan untuk drama termasuk program televisyen sejak kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan. -UTUSAN