Oleh:Nazialita Geynna Maharan
TAIPING: Seorang pengusaha kilang ais mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping, di sini hari ini terhadap pertuduhan mencuri bekalan air untuk operasi kilangnya empat tahun lepas.
Syarikat berkenaan telah melakukan suatu sambungan terus daripada paip air perkhidmatan Lembaga Air Perak (LAP) dengan menggunakan paip stainless steel bersaiz 20 mililiter.
Difahamkan, syarikat tersebut kemudian menyambungkan ia ke satu paip jenis poly bersaiz 20 mililiter ke premis tersebut dan sambungan itu dibuat secara terus tanpa melalui sebarang meter serta bekalan air tersebut dipercayai untuk kegunaan harian pekerja syarikat tersebut.
Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah peruntukkan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 123(3) akta yang sama dengan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPAN, Mohd Helmy Razelan dan Shariful Azman Mustapa Yahya manakala tertuduh pula diwakili oleh Peguam Bela, K.Nathan.