KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YMP) diarah menarik balik paparan iklan SugarBook di Bangsar dan Bukit Kiara di sini kerana mempunyai unsur lucah dan tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Agensi penguatkuasa itu berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati pelesenan struktur iklan berkenaan merupakan milik YWP yang telah melantik Tetuan Out of Home sebagai operator.

Sugarbook merupakan aplikasi khidmat lelaki dan wanita simpanan yang tidak selari dengan norma masyarakat Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, YWP dan Tetuan Out of Home untuk menarik balik segera paparan iklan berkenaan di kedua-dua lokasi tersebut.

“Kandungan iklan SugarBook yang dipaparkan pada struktur iklan LED tersebut telah dimaklumkan berkenaan kandungan iklan yang sensitif dengan norma masyarakat Malaysia dan perlu serta merta mengeluarkan iklan tersebut daripada paparan LED berkenaan,” katanya.

Semalam, orang ramai dikejutkan dengan penularan gambar iklan tersebut yang mempunyai unsur sensitif dan lucah