KUALA LUMPUR: Bekas timbalan duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ri Tong-il menegaskan bahawa rakyatnya “Kim Chol” maut kerana serangan jantung dan bukannya diracun.

“Kita mempunyai maklumat mengenai Kim Chol mengalami serangan jantung dan tidak boleh meneruskan perjalanan tanpa ubatnya,” kata Ri pada sidang media di Kedutaaan Korea Utara di sini, Khamis.

Delegasi itu mengenal pasti mayat sebagai Kim Chol dan bukannya Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Ri turut merujuk kepada bedah siasat yang dikendalikan pihak berkuasa kesihatan Malaysia, yang mendedahkan bahawa Jong-nam meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Ubat-ubat untuk penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi merupakan antara barang yang ditemui bersama dia,” ujar Ri.

Menurut Ri, penggunaan agen saraf (VX, sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar) untuk membunuh mangsa merupakan satu muslihat yang direka oleh Korea Selatan untuk mengalihkan perhatian dunia daripada krisis politik negara itu.

“Bagaimana Korea Selatan boleh tahu mengenai penggunaan senjata kimia dari awal sedang kita sendiri tak tahu? Ini bermakna mereka tahu ia akan berlaku.

“Ia merupakan sesuatu yang masyarakat antarabangsa perlu menjawabnya,” katanya.

Berita selanjutnya menyusul.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/03/02/serangan-jantung-bukan-racun/#wrj0KBTKKvDv72DQ.99