IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak membenarkan sama sekali bunga api dan mercun dijual di semua bazar Ramadan yang terdapat di dalam kawasannya.

3db297fd-c07b-4ad8-bfc1-b638fd95614bDatuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya mengambil pendekatan tegas dalam hal ini dan sentiasa mengingatkan pengendali bazar Ramadan supaya tidak membenarkan penjualan barang larangan.

Menurut beliau, walaupun isu bunga api dan mercun terletak diluar bidang kuasa MBI tetapi pihaknya sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama bagi membendungnya.

“Sekiranya pihak polis mempunyai maklumat mengenainya, mereka boleh bekerjasama dengan kami untuk membenterasnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bubur lambuk di pekarangan bangunan MBI di sini pada Selasa.

Beliau diminta mengulas kononnya masih terdapat penjualan bunga api dan mercun di beberapa bazar Ramadan di sekitar bandaraya Ipoh.

Di majlis itu, Datuk Bandar mengedarkan lebih 2,800 bungkus bubur lambuk yang dimasak oleh pegawai dan kakitangan daripada 10 jabatan dan unit di bawah MBI.

e6a7fd81-2362-44d9-85d7-3d8520172fc4  ef2386ea-7dbf-4107-beac-7f4ba26d5e6c

Selain diberikan kepada warga MBI, Ahli Majlis, Majlis Masyarakat Sivil (MMS) dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), bungkusan bubur itu juga turut diedarkan kepada kenderaan yang melalui pekarangan bangungan MBI.

Sementara itu, di dalam ucapannya, Datuk Bandar berkata, acara gotong royong dapat merapatkan lagi warga MBI dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

0a2cc5fb-a7eb-49fb-a6bb-035cbd9a5440

“Acara seperti ini juga dapat merapatkan kerja sepasukan yang tinggi di kalangan pegawai dan kakitangan yang menurut panel dari Taiping dan Kampar, pengurusan program ini dalam kategori lima bintang,” ujarnya.

Beliau berharap program gotong royong seumpama itu dapat diteruskan di masa-masa akan datang berlandaskan kepada kreativiti dan inovasi.

Beliau turut mengumumkan Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai johan pertandingan hiasan khemah diikuti Pejabat Datuk Bandar, Jabatan Lanskap dan Rekreasi dan Jabatan Perancang Bandar.