KATI: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencadangkan penyedia perkhidmatan utiliti seperti Lembaga Air Perak (LAP), Tenaga Nasional Berha (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) memberi diskauan khas pembayaran bil sempena program Permukiman Menteri Besar.

Beliau berkata, mereka mungkin boleh memberi diskaun antara 20 – 30 peratus para hari-hari tertentu ketika permukiman.

4aeb5e9f-d759-442d-abc5-2e1826eb5378

Dalam hubungan itu, beliau yang juga Pengerusi LAP meminta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin untuk mengkaji cadangan tersebut dan mengambil tindakan selanjutnya.

“Ini juga boleh membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Teras Keselamatan di Arena Square Kati, di sini pada Khamis.

Dr Zambry, Kedai Bergerak 1 Amanjaya juga turut menawarkan harga istimewa barang keperluan harian yang dijual, setiap kali program permukiman.

Katanya, karnival seumpama itu sangat memberi manfaat kepada penduduk setempat kerana beberapa jabatan penting seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kesihatan untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Terdahulu di dalam ucapannya, Dr Zambry berkata, berbeza dengan pembangkang yang datang ketika musim pilihanraya, pemimpin kerajaan sering turun padang untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.