Segamat: Mayat nelayan dilaporkan hilang ketika memeriksa jaring yang dipasangnya di Sungai Muar, di sini, kelmarin, ditemui terapung, hari ini.

Jasad Mohd Yusop Omar, 66, ditemui terapung dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di ranting pokok kira-kira satu kilometer dari lokasi dia lemas, pada 11.46 pagi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata mangsa ditemui berbaju hijau dan berseluar biru seperti ketika dia dilaporkan hilang oleh warisnya, Selasa lalu.

Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk bedah siasat dan kes di klasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan lengkap bedah siasat.

-myMetro