TAIPING: Polis menahan seorang buruh  selepas dipercayai menikam seorang lelaki sebanyak tiga kali di bahagian leher dan perut ekoran perselisihan faham di tepi jalan berdekatan Capitol Club, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, suspek berusia 57 tahun ditahan tidak jauh daripada tempat kejadian.

“Sekitar jam 2 petang,  pihak hospital memaklumkan kepada polis sedang merawat mangsa berusia 34 tahun dengan tiga kesan tikaman (dua di leher, satu di perut) dan tidak sedarkan diri.

“Susulan laporan itu Polis Bahagian Siasatan Jenayah Taiping telah menahan seorang suspek berumur 57 tahun di tepi jalan dekat dengan tempat kejadian itu,” katanya.

Beliau memberitahu suspek turut ditahan bersama sebilah pisau biasa dan hasil ujian urin didapati positif dadah.

Siasatan dapati punca kejadian disebabkan isu peribadian di antara mangsa dan suspek sendiri, kita tidak dapat tembu-bual mangsa lagi sebab dia ketika ini di dalam ICU.

Kes akan disiasat dibawah Sek 326 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman selama enam hari untuk bantu siasatan,” ujar beliau.