PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu sendiri Proton Persona membawa Presiden Joko Widodo ke majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana.

Kedua-dua pemimpin itu bergerak dari bangunan Perdana Putra selepas selesai mengadakan pertemuan 4 mata bersempena lawatan rasmi 2 hari Joko ke Malaysia bermula semalam.

Ini merupakan momen kedua pemimpin itu yang mesra dipanggil Jokowi, menaiki kereta dipandu Dr Mahathir.
Dr Mahathir memandu Pesona berwarna merah dengan nombor pendaftaran B 2367 A dengan diikuti kenderaan yang membawa delegasi lain dari Indonesia.

Pada Feb 2015, Dr Mahathir pernah memandu uji sebuah kereta Proton dengan Jokowi di litar uji Sepang.