KUALA LUMPUR : Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sudah pulih tetapi masih di hospital kata suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bernama pada Isnin, melaporkan Dr Siti Hasmah menerima rawatan di Prince Court Medical Centre akibat keracunan makanan yang ringan.

Menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Dr Siti Hasmah agak kurang sihat dan sedang berehat.

“Dia kurang sihat, itu sahaja. Keracunan makanan yang ringan, sedang berehat,” menurutnya sebagai respond kerpada pertanyaan media berhubung satu catatan facebook yang mengatakan beliau pergi ke Prince Court Medical Centre di ibu negara.

-BERNAMA