IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilantik sekali lagi sebagai Yang Dipertua Pertubuhan St. John’s Ambulance Negeri Perak bagi penggal terkini.

IMG_5389  IMG_5378

Surat watikah pelantikan semula itu disampaikan oleh Pemerintah St. John’s Ambulance Malaysia, Dr Chan Tong Meng yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar di pejabatnya pada pagi ini.

Dalam kunjungan itu, Dr Zambry meluangkan lebih 45 minit berbincang dengan Tong Meng yang diiringi oleh pegawai tertinggi pertubuhan sukarela itu.