IPOH: Program “Kempen Perak Yang Bersih’’ Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di perkarangan bangunan Pusat Informasi Pelancongan (ITIC) Padang Ipoh awal pagi tadi bukan sekadar kempen malah diterjemahkan sendiri tindakannya oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana mahu melihat kempen itu dilaksanakan dengan jayanya.

Bermula seawal jam 6.30 pagi, Dr Zambry bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambri Man, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta 1, 000 kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menaiki kenderaan dari kediaman rasmi Menteri Besar bergerak menuju ke Medan Kidd untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sampah.

Zambry kutip Sampah 8

Beliau kemudian melakukan kerja pembersihan di Stesen Bas, Medan Kidd sebelum bergerak menuju ke Dataran Stesen Keretapi Ipoh untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sampah.

Bermula dari dataran itu beliau bersama rombongannya memulakan gerakan pembersihan di kawasan Jejak Warisan Pekan Lama dan kawasan Masjid India.

Setelah selesai, beliau kemudian bergerak menuju ke tapak lokasi pelancaran Program “Kempen Perak Yang Bersih’’ Peringkat Negeri Perak di ITIC Padang Ipoh untuk merasmikan pelancaran program kempen berkenaan.
End
Ucapan perasmian dan siding media akan menyusul kemudian