IPOH: Di dalam kesibukan tugas seharian, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sentiasa prihatin terhadap rakyat negeri ini sehingga sanggup mengetepikan protokol untuk membantu mangsa kemalangan yang berlaku berhampiran Sekolah Rendah St. Michael di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang, ketika Dr Zambry dalam perjalanan atas urusan rasmi, beliau telah meminta pemandunya menghentikan kenderaan lalu keluar membantu seorang mangsa kemalangan yang sedang terbaring di bahu jalan.

Menurut seorang pengguna Facebook dan juga bekas wartawan, Syahril A. Kadir, kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya sendiri.

6978ac12-38cd-46df-9ed9-1d67c0785023“Semasa aku sedang melalui sebatang jalan berhadapan Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh, sebentar tadi (jam 2.30 petang), berlaku satu kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah kereta.

“Datuk Seri (Dr) Zambry Abd Kadir kebetulan lalu dan terus mengarahkan drivernya berhenti lalu menolong pemuda tersebut. Pergh, ini mmg terbaik Datuk Seri,” katanya melalui hantaran yang dimuat naik dalam Facebook peribadi beliau, hari ini.

Menurut sebuah portal berita, mangsa yang dipercayai berusia lewat 20-an itu difahamkan mengalami kecederaan serius di kaki dan kini menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Keprihatinan Dr Zambry yang sanggup mengetepikan protokol demi memberi pertolongan kepada rakyat bukanlah perkara yang baharu kerana ia pernah disaksikan beberapa kali sebelum ini.

Photo –  Syahril A. Kadir