BEIRUT: Sebuah dron milik tentera Israel dilaporkan terhempas di selatan Lubnan hari ini.

Rangkaian televisyen milik Hizbullah, al-Manar melaporkan, ia terhempas di antara perkampungan Beit Yahoun dan Baraachit.

“Satu pesawat pengintip milik rejim Zionis yang dipercayai sedang melakukan tinjauan ditemui terhempas hari ini,” lapor wakil al-Manah. – Reuters