BAGAN SERAI– Seramai 24 orang dari tujuh keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) SK Parit Haji Aman, di sini ekoran rumah yang dinaiki air pada Ahad.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku disebabkan limpahan air kolam Bukit Merah dan hujan yang berterusan.

“Pihak kami terima panggilan dari Penghulu Bagan Serai mengatakan lokasi dinaiki air dan pemindahan mangsa diperlukan.

“Anggota APM Kerian digerakkan ke lokasi untuk pemantauan dan operasi pemindahan mangsa.

“Rumah yang terlibat banjir ialah Kampung Parit Mat Keling dan Kampung Parit Ali Kalang, setakat ini pusat pemindahan yang dibuka hanya satu pada jam 4.30 petang,”ujar kenyataan itu.