IPOH: Dua lelaki ditahan polis Taiping pagi tadi bagi membantu siasatan penggunaan alat drone semasa proses penamaan calon di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Taiping berkata dua lelaki itu ditangkap sekitar 9.40 pagi selepas dipercayai menerbangkan drone di kawasan penyokong berkumpul dalam anggaran 70 meter dari luar pusat penamaan P59 Bukit Gantang.

Katanya polis turut merampas sebuah drone jenama DJI Spark berserta alat kawalan jauh.

Katanya kedua-dua mereka disiasat dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah telah membuat kenyataan mengenai larangan penggunaan drone dan paraglider semasa proses penamaan calon.

Menurut Zulkifli larangan tersebut dibuat atas dasar keselamatan.