SUBANG JAYA – Dua maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Persiaran Tujuan USJ 11, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.21 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Eimran Mohd Yusof, 22 melanggar pokok sebelah kiri jalan dari USJ4 menghala Persiaran Kewajipan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, Muhammad Eimran dan seorang penumpang, Nur Nabilah Zulkifly, 22 beralamat di Semerah Johor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tiada CCTV di lokasi kejadian dan saksi sedang dikesan bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,”katanya – sinar