IPOH: Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup hari ini, sekaligus menyaksikan bilangan mangsa banjir di Perak turun kepada 63 orang daripada 17 keluarga.

Dua PPS yang ditutup itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayan di Manjung dan SK Changkat Lobak di Bagan Serai.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak, dengan penutupan itu, bermakna hanya PPS di Dewan MPTI Teluk Intan sahaja yang masih beroperasi.

“PPS di Dewan MPTI yang dibuka sejak Isnin menempatkan mangsa banjir dari enam kawasan yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap itu, enam kawasan yang terjejas banjir ialah Batu 9;
Lorong Kedah, Batu 8; Kg. Baru, Batu 8; Lorong Mesra, Batu 7; Batu 7 ½ dan
Lorong Sidang Osman.

Katanya, mangsa banjir yang berlindung di PPS di Dewan MPTI terdari dari 10 lelaki dewasa, 20 perempuan dewasa, 18 kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan.

Dua PPS di Perak ditutup, hanya satu masih beroperasi