KULIM: Dua rakan karib yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar, maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Lorong 1, Taman Perak di sini, tengah malam tadi.

Dalam insiden jam 12.14 tengah malam, penunggang motosikal itu, G Thasarathan,16, dari Taman Emas, dan pembonceng, G Parvin, 16, dari Taman Tiram, meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motosikal Honda AFP110 dinaiki mangsa dari arah Jalan Lorong 1 menuju ke Jalan Emas.

“Motosikal itu kemudian hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di bahu jalan menyebabkan mereka parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 198- berita harian