IPOH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi kebenaran kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar pulang penuntut yang terkandas susulan keputusan saat akhir penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka institusi pengajian tinggi (IPT).

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, persetujuan dicapai setelah beliau dan Ebit Lew bertemu di UPSI, Tanjung Malim semalam.

“UPSI memberi kebenaran kepada Ebit Lew untuk menghantar penuntut UPSI menggunakan bas yang beliau sediakan selepas melalui proses yang ditetapkan.

“Beliau telah membuat permohonan rasmi kepada pihak universiti dan kami tiada masalah untuk memberikan kebenaran,” katanya.

Sementara itu, Ebit Lew mengucapkan terima kasih kepada Mohammad Shatar dan pihak pentadbiran universiti termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). – UTUSAN ONLINE