KUALA SELANGOR – Empat atlet paralimpik berbasikal dan seorang pegawai pengiring cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kejadian di Kilometer 12.6 Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (Latar) berhampiran susur keluar Bandar Tasik Puteri di sini pagi tadi.

0d1017cd-b540-4b73-ab71-2b90148633caDalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, kesemua mangsa dikenali Khairul Nizam, Nursyafik, Khairul Azwan, Mohd. Ridzuan dan Hohari Mohd. Nayan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untum rawatan lanjut.

Difahamkan kelima-lima mangsa sedang mengadakan sesi latihan sempena sukan Para ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 23 September ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang mahu menukar lorong ke susur keluar Bandar Tasik Puteri telah melanggar kelima-lima mangsa yang ketika itu berada di lorong tengah.

“Empat atlet termasuk seorang pegawai pengiring yang datang dari Ijok menghala ke Rawang menunggang di lorong tengah pada masa kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu Hilux tersebut melarikan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ruslan berkata, ketika kejadian trafik berada dalam keadaan lancar dan cuaca baik. – K! ONLINE