BATU KURAU: Empat peminat orkid tersesat di dalam hutan di Batu 23, Redang Panjang dekat sini, ketika mencari spesis bunga itu pada petang Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7.14 malam.

“Kami terima maklumat daripada ketua operasi terdapat empat mangsa yang sesat di dalam kebun sawit semasa melakukan aktiviti mencari orkid,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan tiga perempuan.

Katanya, mangsa berjaya dihubungj melalui telefon dan pasukan penyelamat sedang berusaha untuk sampai kepada mangsa dan membawa mereka turun.

Difahamkan, mangsa lelaki merupakan bekas pesara polis berusia 70-an yang dikatakan peminat orkid hutan.

Berita lanjut menyusul