KUALA LUMPUR : Adun Kuala Krau itu diminta mengulas penyebaran audio tersebut yang hangat dikalangan anggota PKR.

Bagaimanapun, kata Yunus laporan polis berkaitan penularan audio tersebut masih lagi belum dibuat.

Untuk rekod, pada 13 Julai lalu, bekas pegawai khas exco Perak itu, Beh Yong Kean membuat laporan polis berkenaan dakwaan Abdul Yunus berniat memberi sokongan kepada permohonan dua syarikat itu dengan komisyen sebagai pertukaran.

Dakwa Beh, exco itu membocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri kepadanya agar dia dapat memulakan proses rundingan dengan dua syarikat itu.

Abdul Yunus telah menafikan dakwaan tersebut, berkata ia konspirasi jahat untuk membunuh kerjaya politiknya kerana pendiriannya menyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada pemilihan parti yang lalu.

Dalam mesej audio perbualan telefon itu, pemanggilnya memperkenalkan diri sebagai pembantu exco Yunus dan dikatakan bercakap dengan seorang pegawai polis untuk cuba membantu menyelesaikan kes tersebut.

Turut kedengaran dalam klip audio berdurasi 1.14 minit itu, pemanggilnya memberitahu bahawa kes tersebut dengan SPRM sudah ‘kautim’.

Ketua Polis Perak, Razarudin Husain ketika dihubungi kemudian memaklumkan masih tidak menerima sebarang laporan polis berkenaan mesej audio itu.

“Kita tak terima apa-apa laporan,” katanya lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, Razarudin berkata tuduhan exco itu meminta komisyen daripada dua syarikat berkenaan permohonan tanah masih dalam siasatan polis dan SPRM.