GEORGE TOWN– Satu fenomena belalai air (watersprout) berlaku di kawasan rumah pangsa berhampiran Tanjung Tokong di Pulau Pinang, hari ini.

Gambar-gambar dan video yang tersebar di media-media sosial menunjukkan satu putaran seperti putting beliung keluar daripada awan hitam.

sumber: Youtube

Turut dilaporkan kerosakan harta benda dan pokok tumbang.

Namun setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan terhadap mangsa.

Belalai air secara amnya berlaku apabila angin kencang bertiup kurang 30m/s dan ianya tidak begitu ganas berbanding putting beliung.- MalaysiaGazette