KUALA LUMPUR: Gajet fidget spinner yang dijual berleluasa di negara ini perlu dipantau kerana bimbang boleh memudaratkan pemainnya, terutama murid.

Pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan saja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah.

-BeritaHarian