SHAH ALAM: Penjualan tiket perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand tergendala tengah hari tadi berikutan rempuhan dekat kaunter tiket di Stadium Shah Alam.

Keadaan diburukkan lagi apabila Kaunter Tiket B juga terpaksa ditutup berikutan berlaku kesesakan teruk.

Difahamkan, peminat bola sepak negara sudah berada di luar stadium sejak 10 malam tadi.

Bilangannya dilaporkan meningkat kepada ribuan penyokong menjelang tengah hari.

Malaysia akan bertemu Thailand bagi menentukan pemenang ibu segala pingat.

-AstroAwani