TAIPING: Seorang gadis ditemui pengsan ketika mendaki Bukit Larut di sini, hari ini.

Mangsa, Nuridzdihar Mohd Ali, 21 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, kira-kira dua kilometer dari kaki bukit.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya bertindak selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Anggota memberi rawatan awal dan membawa mangsa menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Taiping,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.