Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Pihak bomba melaporkan insiden kebocoran gas helium berlaku di Unit X- Ray Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada malam Selasa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Zaihadi Sehibi berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 8.09 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kami mendapati terdapat kejadian gas helium bocor di Unit X-ray Hospital Besar itu.

“Buat masa ini, operasi tindakan dan pemantauan akan dijalankan bagi menyelesaikan kes ini,” katanya lagi.