KUALA LUMPUR: Kementerian Luar malam ini mengesahkan, tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dengan gempa bumi yang menggegarkan Turki dan Greece.

Dalam satu kenyataan awal pagi Sabtu, Wisma Putra turut memaklumkan berdasarkan laporan awal, warga Malaysia yang berada di Izmir juga selamat.

“Kementerian Luar sedang memantau perkembangan susulan kejadian gempa bumi kuat di Laut Aegea pada Jumaat.

“Gempa bumi tersebut telah memberi kesan buruk kepada bandar Izmir, Turki dan Pulau Samos, Greece.

“Kementerian mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Turki dan juga Greece atas kehilangan nyawa dan kecederaan akibat bencana tersebut,” kata kenyataan itu.

Malaysia juga menzahirkan soladariti bersama negara-negara tersebut di waktu yang sukar ini.

Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan, rakyat Malaysia yang kini berada di Turki yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Konsulat Jeneral di Istanbul.

Bagi rakyat Malaysia di Greece, mereka boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest seperti yang tertera di bawah:

Republic of Turkey

EMBASSY OF MALAYSIA IN ANKARA

Telephone: +90 312 4463547/ 48Fax: +90 312 4464130

E-mail: mwankara@kln.gov.my

CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA IN ISTANBUL

Telephone: +90 212 3261956/ +90 536 2896788/ +90 552 7970509

E-mail: mwistanbul@kln.gov.my

EMBASSY OF MALAYSIA IN BUCHAREST

Telephone: +40 21 211 3801/3802Fax: +40 21 210 0270

E-mail: mwbucharest@kln.gov.my