ANKARA: Sekurang-kurangnya 26 orang terkorban dan pihak berkuasa berusaha mencari serta menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas satu gempa bumi kuat melanda Turki dan Greece.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa bumi tersebut berukuran 7.0 magnitud yang berpusat 14 kilometer ke pekan Karlovasi di Greece.

Gempa yang berlaku petang semalam itu juga mencetuskan tsunami mini di kepulauan Aegean di Samos serta peningkatan paras air laut sehingga melimpah ke jalanan di bahagian barat Turki. – AFP