KUALA LUMPUR : Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.0 pada skala Richter melanda Lahad Datu, Sabah pada pukul 11.10 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pusat gempa bumi tersebut terletak 5.0° Utara dan 118.6° Timur dengan kedalaman 9 kilometer, iaitu 28 kilometer dari Timur Lahad Datu, Sabah.