KUALA LUMPUR: Sebuah gerai makan di Bukit Pandan, Pandan Perdana di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 11.35 malam.

“Sebuah jentera bersama empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Dalam kejadian itu, tiga kenderaan diparkir berhadapan gerai terbabit turut terbakar,” katanya.

Alimaddia berkata, api berjaya dipadamkan kira-kira 15 minit kemudian.

“Ketika kejadian, gerai makan terbabit tidak beroperasi. Kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya = berita harian