KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan geran berjumlah RM50 juta bagi ekonomi gig dalam menyokong platform terbabit serta kebajikan pekerja dalam sektor berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata geran terbabit akan diperuntukkan dalam bentuk dana padanan.

“Kerajaan juga peruntukkan RM25 juta kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi program global online workforce (GLOW) bagi membimbing rakyat menjana pendapatan dalam talian.

“Bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas nasional,” katanya. -BH