PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ke China bagi mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa negara itu berhubung siasatan skandal Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mendapati, polisi dibuat kerajaan terdahulu yang tidak sepatutnya berlaku adalah pembayaran dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Kita akan siasat perkara ini terutama pembayaran yang bentuk berkala,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng mendedahkan satu lagi skandal didakwa berhubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Low Taek Jho atau Jho Low membabitkan SSER dengan nilai sebanyak RM9.4 bilion – berita harian