Subscribe Now

Trending News

Gubah wang haram, 2 ipar dipenjara
Nasional

Gubah wang haram, 2 ipar dipenjara 

JOHOR BAHRU 7 Feb. – Dua ipar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 261 pertuduhan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM375.34 juta sejak tahun 2012 hingga 2016.

Kedua-dua tertuduh, Ahmad Shah Mohd. Shafie, 37, dan Arus Md. Salleh, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim, Aizatul Akmal Maharani.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 611) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Ahmad Shah dikenakan hukuman sembilan bulan penjara dan enam bulan penjara yang dijalankan secara berasingan manakala Arus dikenakan hukuman enam bulan penjara.

Hakim kemudian turut memerintahkan agar kesemua wang terlibat dilucut dan diserahkan kepada kerajaan. – UTUSAN ONLINE

 

Related posts