IPOH – Tiada tumpahan atau kesan minyak di atas jalan raya di susur keluar Jalan Kuala Kangsar ke Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran pusat rekreasi Gunung Lang di sini seperti yang tular di laman sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, beliau telah mengarahkan anggota polis melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut, namun tiada sebarang kesan minyak dijumpai.
“Anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian seperti yang tular di laman sosial itu, namun kita dapati tiada sebarang tumpahan atau kesan minyak di situ.
Insiden kononnya tumpahan minyak yang sengaja dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab itu tular di media sosial kerana menyebabkan terdapat penunggang motosikal yang cedera akibat terjatuh. – Bernama