KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Hajiji Noor, mahu memberi tumpuan kepada usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan pemulihan ekonomi di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, bersama-sama Bung Moktar dan ADUN lain yang dilantik sebagai anggota Kabinet Sabah yang baharu. - NSTP/AZRUL AFFANDI SOBRY

Bercakap pada sidang media, di sini, beliau turut mengumumkan pertukaran portfolio antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri, memegang portfolio Menteri Kerja Raya, manakala Masidi menyandang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Menteri Kewangan 2.

Dalam pada itu, Hajiji menafikan dakwaan bahawa pihaknya ada masalah dengan UMNO Sabah.