Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai esok pada pukul 10.30 pagi.

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel pada Isnin.