GOPENG: Ahli Dewan Negara, Datuk Hamzah Kassim hari ini menerima watikah sebagai Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Bersekutu APM, Kolonel (PA) Datuk Ahmad Hariri Kamarudin menyempurnakan penyerahan watikah itu dalam satu majlis di Dewan Besar KEMAS Parlimen Gopeng di sini.

Pada majlis yang sama empat lagi pemimpin UMNO Bahagian Gopeng menerima watikah Pegawai Bersekutu APM.

Mereka ialah Naib Ketua Bahagian, Mohammad Anuar Baharuddin; Ketua Wanita, Feridah Zakaria; Ketua Pemuda, Mohd Adli Tahiruddin dan Ketua Puteri, Suzana Osman.

WhatsApp Image 2018-01-25 at 7.21.06 PM (1)