PETALING JAYA: Harga runcit kesemua bahan api naik bermula tengah malam Rabu.

Harga runcit RON95 naik satu sen dari RM2.20 kepada RM2.21 seliter, manakala RON97 naik empat sen dari RM2.48 kepada RM2.52 seliter bagi tempoh 14 September hingga 20 September ini.

Harga runcit diesel pula naik sembilan sen dari RM2.05 kepada RM2.14 seliter.

Kesemua harga baharu bahan api berkuatkuasa bermula pukul 12.01 tengah malam.

Pengumuman mingguan harga runcit bahan api itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman sesawang rasminya di www.kpdnkk.gov.my, petang Rabu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/13/harga-bahan-api/#CoMkpp7r3XOYe0Jw.99