HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun satu sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun satu sen daripada RM2.30 kepada RM2.29 seliter manakala RON97 turun satu sen daripada RM2.57 kepada RM2.56 seliter.

Sementara itu, diesel turun satu sen daripada RM2.32 kepada RM2.31 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 25 Januari hingga 31 Januari 2018.