PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun sebanyak 1 sen seliter manakala harga diesel pula tidak berubah berkuat kuasa 5 September hingga 11 September ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan harga RON97 yang sebelum ini RM2.02 seliter diturunkan kepada RM2.01.

Manakala harga RON95 diturunkan daripada RM 1.72 seliter kepada RM1.71 dan harga runcit diesel pula kekal pada paras RM1.78 seliter.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kewangan memaklumkan harga terbaharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Katanya lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. AWANI