TAWAU: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Difahamkan helikopter jenis Agusta Westland AW139 itu sedang dalam tugasan rutin “Ops Taring” berlepas dari Lahad Datu ke Tawau tengah hari tadi.

Ia dijadualkan berlepas semula dari Tawau jam 7.28 malam sebelum gagal dikesan daripada data pangkalan.

Helicopter dengan no pendaftaran 9M-PMC membawa enam penumpang termasuk juruterbang yang berpangkat Deputi Superintendan, pembantu juruterbang berpangkat Asisten Superintendan, tiga anggota pangkat rendah serta seorang jurutera (orang awam).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, semua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut.