PETALING JAYA: Seorang juruterbang cedera ringan selepas helikopter jenis Robinson R-66 dinaiki terhempas ketika membuat penerbangan ujian di kawasan padang rumput di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kejadian itu berlaku jam 8.05 pagi tadi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan ini. Juruterbang hanya mengalami cedera ringan.

“Kejadian ini tidak mengganggu operasi harian lapangan terbang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Zani berkata, syarikat pemilik helikopter terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu – berita harian