KOTA BHARU:Sebuah Toyota Hilux hilang disyaki dilarikan penjenayah di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, di sini.

Kejadian disedari ahli keluarga pemiliknya yang juga peniaga pada jam 7 pagi semalam, selepas pacuan empat roda itu tiada di hadapan rumah mereka yang tidak berpagar.

Sebelum itu, kenderaan berkenaan diletakkan di hadapan rumah, dalam keadaan berkunci pada jam 5 petang, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini pada jam 8.53 pagi.

“Sebaik menyedari kenderaan hilang, mangsa cuba mencarinya di sekitar kampung, namun tidak menemui, sebelum ke balai untuk membuat laporan.

“Kita percaya suspek menggunakan alat buatan sendiri untuk memecah masuk kenderaan itu dan menghidupkan enjin dan melarikannya,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Sekyen 379A Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai terdekat untuk bantu siasatan – berita harian