KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Menteri Pertahanan  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Pembangunan Negara BrandLaureate dalam satu majlis di sini.

Seorang lagi penerima di bawah kategori itu ialah Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Tan Sri Lim Kok Wing yang menerima Anugerah ‘Unity and Harmony Icon’.

IMG-20170829-WA0001

Sementara itu, isteri perdana menteri kelima, Tun Jeanne Abdullah dianugerahi ‘The BrandLaureate Royal Quintessential Brand Icon Leadership Award’ manakala Pro-Canselor Universiti Malaya Toh Puan Dr Aishah Ong menerima  anugerah ‘BrandLaureate Hall of Fame-Lifetime Achievement’.

Anugerah terbabit disampaikan oleh Presiden BrandLaureate Tan Sri Rainer Althoff pada malam gala Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate 2017 di sini.

Dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik, anugerah BrandLaureate mengiktiraf pemimpin yang dalam kelasnya tersendiri dan mereka yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara serta masyarakat. — Bernama