SUNGAI SIPUT: Kira-kira empat hektar (20 ekar) kawasan hutan berhampiran perkampungan Orang Asli Pos Legap Sungai Siput terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu kira-kira jam 8.24 pagi Selasa.

Menurutnya, kawasan kebakaran itu berlaku di puncak bukit yang dianggarkan kira-kira 1,500 kaki dari paras laut.

“Selain dari kekuatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, unit khas Musteam dan Storm telah digerakkan dan tiba di BBP Sungai Siput bagi perancangan dan kerja-kerja pemadaman,” katanya di sini.

Menurutnya, permohonan pesawat dari unit udara juga diusahakan bagi memantau jumlah keluasan keseluruhan dari udara.

Setakat ini, operasi pemadaman sedang dijalankan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1 Jeffrey Abdullah.